Takrifan MAKMUM MUAFIK dan MAKMUM MASBUK yang mengelirukan dalam buku teks!
Takrifan MAKMUM MUAFIK dan MAKMUM MASBUK yang diberikan dalam buku teks Pendidikan Islam Tahun Lima terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2009 agak mengelirukan dan berbeza dengan takrifan yang diberikan dalam kitab-kitab fiqah.

Apabila suami dan isteri bergaduh maka anak-anak akan merasai kesannya. Ada anak-anak yang akan menyokong siibu dan ada pula yang akan menyokong sibapa. Tetapi yang lebih parah ada anak-anak yang membenci kedua-duanya dan keluar rumah mencari identiti baru. Siibu dan sibapa akan mencari sokongan untuk membenarkan hujjah masing-masing. Maka biasanya jiran dan kawan-kawan akan menjadi tempat didedahkan segala rahsia lawan masing-masing. Maka menjalarlah berita dan rahsia itu dari sejenkal menjadi sehasta dan seterusnya. Sudah tentulah orang yang paling gembira adalah musuh kedua-dua mereka apatah lagi jika musuh mereka orang munafik. Maka sekeluarga mendapat malu dan kerugian. Mengapa mereka tidak memilih tempat mengadu yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Assalamualaikum, rentetan peristiwa di UPSI baru-baru ini, sudah tentu ada di kalangan ibu bapa atau orang ramai yang akan mempersoalkan mengapa perlu pelajar turun berdemo dimana sepatutnya mereka menghabiskan masa di kampus untuk belajar dan mengejar kecemerlangan. Ada juga yang mungkin beranggapan tindakan pelajar ini sia-sia dan menyusahkan orang lain. Dan berbagaibagailah persoalan yang akan ditimbulkan oleh golongan yang sudah rasa selesa menumpang senang di atas kesusahan orang lain.
Assalamualaikum, beberapa hari lagi kita guru-guru akan bermulalah dengan rutin tahun-tahun sebelum ini, mengajar dan mendidik. SBPA dan tanda tangan, maka masyarakat sekeliling kita akan mula menilai kerja-kerja kita dengan dikatakan gaji yang lumayan tu. Biarkanlah apa kata masyarakat asalkan kita tetap dengan amanah Allah mendidik dan menyampaikan ilmu kepada semua tanpa pilih kasih dan pilih bulu, tanpa memandang fahaman politik mak ayah mereka sebagaimana yang pernah dilakukan oleh sebahagian penjawat awam yang tidak bermoral.
Assalamualaikum, buat masa ini penjawat-penjawat awam sedang sibuk menanda tangani opsyen 60 tahun pencen dan SBPA. Bagi kaum lelaki terpulang kepada pilihan masing-masing jika kesihatan masih mengizinkan dan tanggungan masih banyak seperti anak-anak masih kecil atau isteri lebih dari seorang.
KUALA TERENGGANU: Semua guru diwajibkan menjawab soalan-soalan dalam tiga bahagian Standard Guru Malaysia sebelum atau pada 30 Disember 2011. Laman ini boleh dicapai melalui alamat http://www.moe.gov.my/sgm
Selamat menjawab bagi menilai diri anda sendiri.
Bila aku menonton iklan tusyen UPSR dalam astro, aku berasa sedih dan jauh hati tetapi mungkin sebahagian org lain berasa gembira kerana semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India semuanya boleh berbahasa Inggeris dgn baik. Aku bukan org yg anti BI. Dlm keadaan susah payah pun aku sekali sekala guna juga BI di tempat tertentu atau pada masa tertentu.
Sudah menjadi peraturan dalam Islam bagi menjaga maruah kaum wanita dan masyarakat Islam keseluruhan dimana setiap wanita yang hendak keluar rumah mesti ditemani oleh mahram. Perkara ini jelas diamalkan dalam menunaikan fardhu Haji. Sebaliknya wanita-wanita barat telah berjuang untuk mendapatkan kebebasan yang mutlak bagi kaum wanita dan akibatnya wanita bebas keluar rumah sama ada siang atau malam tanpa mahram. Maka lihatlah hari ini apa yang berlaku di barat umpamanya aktiviti seks bebas.
KUALA TERENGGANU, 16 November 2011: Cikgu Hajah Ishrat Banu Hassan yang berkhidmat di SMK Ibrahim Fikri akan meninggalkan perkhidmatan akhir tahun ini. Banyak jasa yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada SMKIF dan pelajar-pelajarnya. Semoga beliau berbahagia dan sihat sejahtera dalam persaraan nanti. Selamat bersara.
Pengertian Qurban
Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.










